Sunday, June 6, 2010
Thursday, May 27, 2010
Tuesday, May 25, 2010
Daus ke Kuching 27 Mei, Khamis
Untuk makluman peminat-peminat daus sekalian, Daus akan pulang ke kampung halamannya, di Kuching, Sarawak pada 27 Mei 2010, Khamis pada jam 10.
Anda dijemput untuk menunggu dan menyambut kedatangan Daus di Kuching International Airport.
Daus pulang ke Kuching atas urusan keluarga.
Terima Kasih
Anda dijemput untuk menunggu dan menyambut kedatangan Daus di Kuching International Airport.
Daus pulang ke Kuching atas urusan keluarga.
Terima Kasih
Monday, May 24, 2010
Corat-Coret Di Sebalik Kemuncak AF8
KUALA LUMPUR, 24 MEI 2010:
Sekalung tahniah buatShahir kerana berjaya mencipta sejarah apabila menjadi pelajar AFMasukpertama yang diangkat sebagai juara AF8 sekaligus menjadi kebangganrakyat Perak kerana menjadi anak kelahiran dari negeri Kejor Yeop Keoryang menjuarai program realiti hiburan terbitan Astro yang palingpopular tersebut.
Bagaimanapun, perjuangan Shahir tak terhenti di setakat ini saja.Sebaliknya masih banyak lagi liku-liku, cabaran serta dugaan di harimendatang yang perlu dilalui Shahir selepas ini, jika dia mahumenceburibidang seni ini secara lebih serius lagi.
Begitu juga dengan 4 finalis AF8 yang lain yang turut sama berjuanguntuk merebut gelaran juara AF8 sepanjang konsert final AF8 berlangsungdengan meriahnya di Stadium Putra, Bukit Jalil pada malam Sabtu yanglalu.
Malah seperti biasa juga, banyak corat-coret menarik yang dilihatberlaku sepanjang konsert final AF8 ini dipancarkan secara siaranlangsung menerusi saluran Astro Ria. Ikuti catatan murai.com.my tentangcorat-corat tersebut.
1. Sedari awal lagi, hampir kesemua gerai Fan Club finalis AF8menjadi serbuan penonton yang hadir sempena Gempak Selebriti AstroRockabola yang diadakan bagi memeriahkan kemuncak AF8. Ternyata, geraiFC Shahir dilihat lebih havoc, apatah lagi bila melihat keletahpenyokong Shahir yang tak henti-henti memancing undi mengalahkan orangmencari calon pemimpin atau menteri dalam pilihanraya.
2. Ibu Maulana iaitu S Mariam tidak dapat menghadirkan diri keranadifahamkan S Mariam terlibat dengan undangan nyanyian. Bagaimanapun,tempat S Mariam digantikan bonda tiri Maulana iaitu Tengku BadariahHassan yang hadir bersama ayah kandung Maulana iaitu Mohamed Sehat.
3. Gerai Maybelline New York yang menyediakan sesi make-over menjadi kunjungan paling ramai peminat AF8 kerana ramai yang mahudidandan cantik oleh juru solek profesional dari Maybelline.Lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang terlibat dengan segmen menari lagu Menuju Puncak.
4. Mungkin ramai tak tahu, lebih 30 peminat setiap finalis AF8 sudah pun berkampung di Stadium Putra, Bukit Jalil seawal jam 10 pagilagi untuk berlatih menari lagu Menuju Puncak.
5. Dalam ramai-ramai, kesemua adik-beradik Daus dilihat begitu sporting sekali sewaktu menyertai segmen lagu Menuju Puncak ini. Begitujuga dengan kekasih Daus yang sebelum ini dikatakan sangat pemalu.
6. Ketika pengurus pentas, Dollah Cantik memperkenalkan nama Adirasebagai salah seorang finalis AF8, bukan hanya peminatnya saja yangbersorak memberiklan sokongan tetapi 2 bintang AF7 terdahulu iaituHafiz dan Akim juga dihat memberikan sokongan padu buat peserta darinegeri Sabah ini. Sampaikan mereka berdiri terlonjak-lonjak sewaktumemberikan sokongan.
7. Selain 5 finalis dan serta beberapa rtis undangan yang hadirpada malam itu, Dollah Chantik juga tidak kurang popularnya. Sebabnya,bila Sarimah saja-saja menyebut nama Dollah Chanteik, ramai penontonyang terus bertepuk dan bersorak tak hent-henti. Mungkin itulahpenangan Dollah Chanteik yang sudah sekian lama jadi pengurus pentasAF8, selain pernah menjadi side-kick Aznil dalam program raya bertajukGlamor Raya.
8. Ramai juga artis yang hadir memeriahkan kemuncak AF8. Antaranyatermasuklah Dafi, Toi, Farish Aziz, Aishah AF7, Nadia AF6, Rozita CheWan, Ainul Aishah, Hairi Anak Wayang, Juliana Evans, Yusry, Edry, Akim,Hafiz, Hao Ren, Leeya AF4, Asri, Adi Fashla, Dina, Azza Elite, Sabrina,Amar, Zoey dan D Al Mashoor.
9. Ketika waktu iklan bersiaran , pelawak dan pengacara popular,Azrul Cham diberi tanggungjawab menghiburkan penonton selainmenyampaikan info terkini tentang program di Astro.
10. Hampir separuh penonton di dalam stadium dipenuhi olehpenyokong Shahir. Mereka juga mengenakan T-Shir berwarna biru dengangambar wajah Shahir yang tertera di depan.
11. Sewaktu mendendangkan lagu Doktor Pakar Cinta, Daushampir-hampir saja terjatuh dan tersadung di tangga. Ketika itudia mahunaik semula ke atas pentas selepas turun memberi sesuatu bentuk yangberupa isyarat kepad aweknya yang berada di tepi pentas.
12. Ramai yang mempersoalkan tentang ucapan hari ulang tahunkelahiran buat Adlin Ramlan Amlie sehinggakan ada segelintir pihak yangmerasakan ianya adalah sebagai satu cara untuk melembutkan hati Adlinyang sering memberikan kritikan pedas.
13. Mungkin ramai tidak perasan, pengkritik tetap AF8 iaitu AznilNawawi atau Pak Nil telah tersalah sebut nama Stadium Putra Bukit Jalilsebagai Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam itu.
14. Jika anda peminat setia AF8, mungkin anda perasan Adlin sukamenyebut perkatan 'simplycity' dalam setiap kritikan yang diberikankepada finalis Top 5 yang dilihat lebih gemar membuat persembahanselamat dan ringkas saja. Sekali dengar Adlin macam menyebut namaproduk kecantikan penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza iaituSimplySiti. Adakah Adlin pun menggunakan produk tersebut?
15. Sorakan paling gemuruh yang diterima Shahir setiap kali Shahirmembuat persembahan membuatkan nyanyian Shahir kurang didengarimenerusi kedua-dua lagu yang dieporsembahkannya pada malam itu.
16. Mawi yang hadir bersama isteri kesayangannya Ekin dilihat terangguk-angguk kepala sewaktu Shahir menyanyikan single barunya, Kebahagian Dalam Perpisahan. Mungkin Mawi suka sangat dengan lagu tersebut sehingga dia tangkap feeling bila mendengarnya.
17. Selain Mawi yang menyukai lagu baru Shahir, Akim juga dilihat memberikan standing ovation (berdiri sebagai tanda hormat) kepada Shahir selepas juara AF8 ini tamat menyanyikan lagu barunya itu.
18. Sehingga ke konsert final, tagline Dafi iaitu Baik Punyer asyik disebut oleh pihak produksi AF8. Begitu juga dengan peminat setiap kali diminta berbuat demikian oleh pihak produksi AF8. Motif berbuat demikian?
19. Pintu props yang digunakan Iwan sewaktu menampilkan lagunya sendiri iaitu VIP dilihat sedikit menggangu pergerakan Iwan. Namun Iwan masih berupaya memberikan persembahan yang memuaskan pada malam itu. Malah, peminatnya tdiak henti memebrikan sokongan sambil menari-menari di bawah pentas.
21. Adik Alisha yang menjadi salah satu ikon Astro adalah antara selebriti yang hadir pada malam itu. Dia dilihat begitu mesra sekali duduk di sisi Farish Aziz. Keletah mereka tak ubah seperti abang dan adik. Manja gitu!
22. Sewaktu Shahir turut dari pentas membawakan lagu Biru Mata Hitamku dari Wings, Aznil dilihat telah memberikan isyarat kepada Shahir untuk naik ke meja pengkritik. Namun, Shahir tidak munurutinya. Mungkin, dia tdiak perasan dengan isyarat tersebut. .
23. Sebelum segmen menari Menuju Puncak bermula , koreografer yang ditugaskan untuk mengendalikan tarian FC finalis AF8 iaitu Irwan Ruffedge sempat memberikan taklimat yang terakhir kepada ketua setiap FC.
24. Keletah comel adik kecil yang mengiringi persembahan Adira mendapat perhatian ramai sehinggakan Pak Nil yang menjadi ikon program kanak-kanak menegur Adira agak memberikan sedikit komunikasi kepada adik itu.
25. Salah seorang penari yang mengiringi persembahan Hafiz, Akim dan Hao-Ren adalah pelakon utama filem ....dalam betul iaitu Arja Lee. Bagaimanapun, sewaktu mengumumkan kelibat Arja Lee, Azrul telah tersilap mengumumkan nama filem itu dengan menyatakan tajuk asalnya iaitu Anu Dalam Botol.
26. Sebelum Sarimah dan Jimmy mengumumkan nama juara AF8, Iwan yang sudah pun mengetahui keputusan pemenang tempat kelima tekah berbisik di belakang pengetuanya, Norman dan menyebut nama Shahir sebagai juara.
27. Selepas tamat konsert, Shahir memberikan ucapan kepada penonton yang hadir di tempat duduk pengkritik. Dalam banjiran ramai peminat yang mahu merakamkan gambar Shahir itu, pengurus saluran Astro Oasis iaitu Izelan Basar yang teruja dengan program Imam Muda turut tidak melepaskan peluang mengambil gambar Shahir dengan menggunakan telefon bimbitnya.
Credits to Murai
Juara AF8: Shahir Tepati Ramalan!
KUALA LUMPUR, 22 MEI 2010: Seperti yang diramalkan ramai pihak sebelum ini, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21, telah dumumkan sebagai juara pada konsert akhir Akademi Fantasia Musim 8 (AF8) yang berlangsung dengan meriah di Stadium Putra, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Dengan persembahan meyakinkan, Shahir memecah rekod sebagai pelajar pertama menjadi juara setelah di AFMASUK pada minggu kelapan lalu selain turut menjadi pelajar pertama dari Perak menjuarai Akademi Fantasia.
Shahir yang menyampaikan lagu baru, Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan sepenuhnya Edry KRU dan Biru Mata Hitamku nyanyian asal kumpulan Wings telah mendapat tepukan yang sungguh bergemuruh dari ribuan penonton yang memenuhi Stadium Putra.
Sebagai juara, Shahir telah membawa pulang hadiah lumayan yang bernilai lebih RM 250, 000 iaitu sebuah kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn Bhd, Percutian Hebat ke Hong Kong Disneyland dan bekalan BRAND'S InnerShine untuk dinikmati 1 tahun tajaan Cerebos, 2 tiket perlancongan ke New York tajaan Maybelline New York, Set Karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan lelaki dan wanita Hugo Boss, Coway Aiar Purifier, percutian 3h/2m di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG dan trofi Juara Akademi Fantasia.
Sementara pesaing utama Shahir, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 19, memenangi tempat kedua dan menerima hadiah sebuah kereta Satria Neo 1.6 CPS HL tajaan Proton, voucer percutian tajaan Maybelline New York, set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan lelaki dan wanita Hugo Boss, Coway Aiar Purifier, percutian 3h/2m di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG, trofi Naib Juara Akademi Fantasia.
Daus atau Muhd Shahril Firdaus Eli, 22, mencipta kejutan apabila memenangi tempat ketiga dan membawa pulang set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, voucer percutian tajaan Maybelline New York, jam tangan lelaki dan wanita Hugo Boss, Coway Air Purifier, Percutian 3h/2m di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG, trofi Akademi Fantasia. Daus menyampaikan lagu baru Kenapa? dan Doktor Pakar Cinta dari Yusri KRU.
Maulana atau Muhd Firdaus Maulana Mohamed, 22, yang turut disebut-sebut pesaing utama Shahir dan Adira sekadar menduduki tempat keempat. Maulana menyampaikan lagu baru RSVP dan Susun Silang Kata dari Aizat. Tempat kelima pula menjadi Iwan atau Emirza Azwan Zulazrin Chew, 20, yang menyampaikan lagu baru, VIP dan Relaku Pujuk dari Spider.
Konsert yang dibawakan oleh penaja utama, Cerebos dan penaja bersama Maybelline dan Modenas itu berlangsung selama 3 jam dan dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta turut disiarkan buat pertama kalinya dalam siaran HD di saluran 124. Ia turut menampilkan kemunculan istimewa dari Sham Kamikaze, Tam Spider, Lisdawati, Jeff Tilu dan Sharifah Ariana untuk membantu mereka membuat persembahan.
Bekas pelajar AF8 yang tersingkir iaitu Shah, Ema, Anum, Alif, Nad, Farina dan Ain turut muncul dengan lagu Standing in The Eyes of The World, Generasiku dalam bentuk medley.
Credits to Murai
Sunday, May 23, 2010
Kenapa - Daus
Tubuhku menggeletar…
Di hati rasa berdebar
Apabila kau muncul menjelma di depan mata
Aku ketandusan kata kerana lidah rasa kelu
Ku cuba tepis perasaan tapi hati menuntut
Apakah sudah masuk musim cinta?
Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?
Ku jatuh hati padamu…
Mataku tidak lekang tak jemu-jemu memandang
Bak kata mereka ‘Yang terbaik dari ladang’
Memberikan perasaan teruja yang menggoda jiwa
Setabah mana hati akhirnya pasti mengalah
Apakah sudah masuk musim cinta?
Katakan kenapa kau buat malamku sukar untuk tidur
Menanti esok tiba untuk berjumpa
Katakan kenapa kau buat siangku asyik mengelamun
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa? (ulang)
Kepingin untuk bersama denganmu
Katakan kenapa?
Daus @Konsert Akhir AF8
Credits to Crystle1987
Labels:
af8,
akademi fantasia,
astro,
daus,
doktor pakar cinta,
kenapa,
konsert akhir
Monday, May 17, 2010
TAHNIAH DAUS SEBAB BERJAYA KE FINAL
Lima Ke Konsert Akhir
Nadiawati Ainul Basir, atau Ain 24 menjadi pelajar terakhir yang diumumkan tersingkir daripada persaingan Akademi Fantasia 8. Ini bermakna dia memberi laluan kepada lima pelajar lain untuk beraksi di Konsert Akhir minggu depan. Lima pelajar, Adira, Daus, Iwan, Maulana dan Shahir telah diumumkan berjaya ke Konsert Akhir, di Stadium Putra Bukit Jalil 22 Mei 2010 ini
Ain gagal meraih sokongan peminat menerusi persembahannya semalam menerusi lagu madley Luka Dilukai (Shima)dan Falling For You (Colbie Caillat). Malah, Aznil selaku pengkritik tetap telah memilih Ain untuk tidak berakhir di Konsert Akhir. Pun begitu, keputusan malam ini memang mendebarkan kerana saingan sengit untuk lima ini. Persembahan cemerlang Ain pada Konsert Tirai menerusi lagu The Climb masih diingati namun tidak cukup untuk melayakkannya ke Konsert Akhir
Shahir mengungguli kedudukan pelajar setelah undian ditutup dengan 31.58 peratus diikuti Adira 14.62 peratus, Daus (14.28), Iwan (13.30) Maulana (13.28) dan Ain berada di kedudukan terakhir dengan 12.94 peratus. Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hanya lima tempat untuk konsert akhir AF8. Ini bermakna, Ain sebagai pelajar yang mendapat undian terendah terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia 8
Buat pertama kali dalam sejarah Akademi Fantasia, Konsert Akhir nanti boleh ditonton dalam visual berdefinisi tinggi (HD) di saluran 124. Untuk melanggan, layarilah laman web www.astro.com.my/byond. Untuk yang ingin menonton secara langsung di Stadium Putra, tiket konsert akhir juga sudah mula dijual. Dapatkan di www.axcess.com.my atau telefon di talian Hotline: 03-77115000
Mulai malam ini, kedudukan undian pelajar tidak akan dapat dilihat menerusi Butang R mahupun di laman web rasmi Akademi Fantasia. Kedudukan undian hanya dapat diketahui sewaktu Diari AF8 pada hari Selasa dan Khamis, jam 7.30 malam di Astro Ria (saluran 104). Jadi, segalanya terlatak di tangan anda sekarang.
Teruskan mengundi untuk menentukan juara pilihan anda
Nadiawati Ainul Basir, atau Ain 24 menjadi pelajar terakhir yang diumumkan tersingkir daripada persaingan Akademi Fantasia 8. Ini bermakna dia memberi laluan kepada lima pelajar lain untuk beraksi di Konsert Akhir minggu depan. Lima pelajar, Adira, Daus, Iwan, Maulana dan Shahir telah diumumkan berjaya ke Konsert Akhir, di Stadium Putra Bukit Jalil 22 Mei 2010 ini
Ain gagal meraih sokongan peminat menerusi persembahannya semalam menerusi lagu madley Luka Dilukai (Shima)dan Falling For You (Colbie Caillat). Malah, Aznil selaku pengkritik tetap telah memilih Ain untuk tidak berakhir di Konsert Akhir. Pun begitu, keputusan malam ini memang mendebarkan kerana saingan sengit untuk lima ini. Persembahan cemerlang Ain pada Konsert Tirai menerusi lagu The Climb masih diingati namun tidak cukup untuk melayakkannya ke Konsert Akhir
Shahir mengungguli kedudukan pelajar setelah undian ditutup dengan 31.58 peratus diikuti Adira 14.62 peratus, Daus (14.28), Iwan (13.30) Maulana (13.28) dan Ain berada di kedudukan terakhir dengan 12.94 peratus. Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hanya lima tempat untuk konsert akhir AF8. Ini bermakna, Ain sebagai pelajar yang mendapat undian terendah terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia 8
Buat pertama kali dalam sejarah Akademi Fantasia, Konsert Akhir nanti boleh ditonton dalam visual berdefinisi tinggi (HD) di saluran 124. Untuk melanggan, layarilah laman web www.astro.com.my/byond. Untuk yang ingin menonton secara langsung di Stadium Putra, tiket konsert akhir juga sudah mula dijual. Dapatkan di www.axcess.com.my atau telefon di talian Hotline: 03-77115000
Mulai malam ini, kedudukan undian pelajar tidak akan dapat dilihat menerusi Butang R mahupun di laman web rasmi Akademi Fantasia. Kedudukan undian hanya dapat diketahui sewaktu Diari AF8 pada hari Selasa dan Khamis, jam 7.30 malam di Astro Ria (saluran 104). Jadi, segalanya terlatak di tangan anda sekarang.
Teruskan mengundi untuk menentukan juara pilihan anda
kredit to ASTRO
Subscribe to:
Posts (Atom)





















.jpg)
.jpg)
